dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembelajaran di Alam Maya – Kahoot Game

25 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2018, telah berlangsung kelas bersama pelajar-pelajar SK Kg Karangan seramai 13 orang selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas Pembelajaran di Alam Maya melalui permainan Kahoot diadakan di dalam Bilik Latihan PI Kg Karangan. Pembelajaran di Alam Maya ini merangkumi soalan Matematik, Sains, Sejarah & bahasa Melayu.

Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. ‘Kahoot game’ diadakan untuk menarik minat belia yang kurang berminat dengan aktiviti berasakan kelas latihan. Dengan menggunakan ‘kahoot games’, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai belia mengikuti kelas-kelas yang PI anjurkan. Sesungguhnya belajar sambil bermain itu lebih menyeronokkan!

Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.