dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Infografik

05 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2018, telah diadakan kursus infografik kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet (PI) Kelantan bertempat di C202DT, BLOK C, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa bermula jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang. Kursus ini telah dihadiri seramai 31 orang peserta kursus yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari seluruh Pusat Internet di Negeri Kelantan. Kursus ini adalah dibawah anjuran Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan diajar oleh tenaga pengajar yang sangat berpengalaman, Wan Azlee Wan Abdullah seorang pensyarah dari UMK sendiri yang menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Kursus ini memberi pendedahan mengenai cara persembahan data dalam format infografik yang semakin popular dan memberi impak kepada penonton. Selain itu, kursus ini turut mendedahkan kaedah serta teknik menghasilkan layout infografik dalam persembahan slaid Powerpoint. Peserta dijelaskan tentang impak komunikasi visual melalui penggunaan warna, simbol serta taipografi di dalam Powerpoint.

Antara topik / teknik yang diajar adalah:

  • Pengenalan MS Office Powerpoint dlm kerja pembentangan/persembaha
  • Pengenalan Infografik
  • Impak infografik secara visual
  • Persembahan data menggunakan Ikon / Simbol
  • A mixed charts/ carta campuran
  • Informational/ lists/ maklumat/ senarai
  • Timeline/ garis masa
  • Photographic/ fotografi
  • Visualized numbers/ visualisasi nombor
  • Visual resume/ visual resume

Daripada kursus yang diadakan ini, para peserta memperoleh banyak ilmu baru yang sangat berguna untuk dipraktikkan dan disebarkan melalui skop kerja kakitangan pusat internet yang banyak menggunakan perisian IT & ICT.Diharapkan kursus seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.