Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Dan Penggunaan Pemadam Api (Fire Drill) – Kluster Kuala Krai
06 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2018, Kluster Kuala Krai yang terdiri daripada 7 pusat internet (PI), iaitu PI Chuchuh Puteri, PI Manek Urai, PI Pahi, PI Mengkebang, PI Kuala Gris dan PI Dabong telah mengadakan kursus asas keselamatan kebakaran dan penggunaan pemadam api bertempat di PI Pahi. Kursus ini berlangsung selama 3 jam bermula pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang dan dijayakan bersama Unit Latihan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai. Pada umumnya, kursus ini hanya melibatkan kakitangan PI iaitu Pengurus, Penolong Pengurus dan juga sukarelawan (volunteer) PI.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada kakitangan pusat internet tentang bahaya kebakaran di samping mempelajari cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain daripada itu, dalam kursus ini turut mendedahkan mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam air yang disediakan di pusat internet.
Pihak bomba juga berkongsi tip dan kaedah yang wajar diambil untuk mengelakkan sebarang kebakaran daripada berlaku. Secara tidak langsung, program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang erat antara agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran bersama-sama orang awam. Diharapkan kursus/ program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: