Sesi Pembelajaran eCikgu - Portal eKelas 01
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2018, telah berlangsung sesi pembelajaran eCikgu bersama-sama pelajar dari Tingkatan 1 & 2 selama 2 jam setiap sesi mengikut ketetapan berikut:
- 11 pagi – 1.00 tengahari : Pelajar Tingkatan 1
- 2.00 petang – 4 petang : Pelajar Tingkatan 2
Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing. Melalui eCikgu para pelajar dapat berinteraksi bersama guru yang mengajar melalui fungsi ‘chatting’ yang terdapat di dalam Portal eKelas. Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus tentang matapelajaran atau subjek yang kurang difahami.
Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek yang dipelajari. Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: