Slot Usahawan (Demonstrasi Membuat Kek Pandan Cheese)
08 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2018, telah diadakan demonstrasi membuat kek bagi memenuhi slot usahawan bersempena Program Hari Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Internet bersama komuniti bagi tahun 2018 bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Demonstrasi ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang disertai oleh 20 orang peserta terdiri daripada penduduk setempat.
Demonstrasi ini diajar oleh Encik Noruddin yang merupakan seorang pengusaha bakeri dan pastri yang berpengalaman. Program ini bertujuan untuk memberi ilmu berkaitan dunia bakeri kepada komuniti selain turut diadakan sesi Taklimat KDB dan pendedahan berkaitan kemudahan ICT yang disediakan di Pusat Internet.
Selain itu, kelas ini bermatlamat untuk mengajar para peserta bagi menggunakan kemudahan internet untuk mencari panduan atau sumber ilmu berkaitan pembuatan kek, roti serta hidangan pencuci mulut secara lebih praktikal kepada mereka melalui penggunaan Youtube dan Facebook secara amnya. Di akhir program, para peserta yang hadir diberi peluang untuk merasa kek yang telah siap dihasilkan sepanjang demonstrasi tersebut dan juga diberi ahli PI secara percuma. Diharapkan aktiviti ini mampu memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: