Bijak Sifir
26 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2018, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas Bijak Sifir iaitu mencipta kotak sifir pintar bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk melatih para pelajar untuk menghafal dan mengingati sifir matematik dengan mudah. Selain itu, kelas ini menjadikan pelajar lebih berminat untuk belajar matematik dan dapat melatih pelajar menjawab soalan matematik menggunakan kaedah sifir yang diajar.
Pada permulaannya, pengajar memberi penerangan tentang konsep sifir matematik yang mudah untuk difahami dan diingati. Seterusnya, pengajar menunjukkan contoh-contoh kotak sifir yang terdapat di laman internet. Para pelajar mencipta kotak sifir mengikut kreativiti masing-masing serta mengisi kotak berkenaan bermula sifir 1 hingga sifir 10. Diharapkan aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk dipraktikkan di sekolah dan di masa hadapan.
Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: