Be Internet Awesome oleh Google dan Maxis
06 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 & 5 September 2018, Maxis eKelas telah menganjurkan program kepada semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet (PI) di bawah jagaannya di seluruh negara bertempat di Living Room, Level 25, Menara Maxis, Kuala Lumpur. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang yang dihadiri oleh 104 orang peserta yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Internet yang menyediakan program Maxis eKelas di PI dari seluruh negara. Program Be Internet Owesome atau diterjemahkan dalam bahasa Melayu ‘Jadilah Pengguna Internet yang Hebat’ dibimbing oleh Lucian Teo (Technologist, Storyteller, Connector) Google, REACH Singapore, National Heritage Board yang merupakan seorang ahli teknologi yang sangat berpengalaman berasal dari Singapura.
Google talah membangunkan program latihan untuk para pengajar, yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keselamatan dalam talian. Program ini merangkumi aktiviti yang direka bentuk supaya pelajar boleh mempelajari cara menilai sumber maklumat dengan pemerhatian kritikal, memahami konsep warga digital yang bertanggungjawab, membangunkan keupayaan untuk mengenal pasti sendiri risiko dan mengambil tindakan untuk memperkukuhkan penggunaan media digital yang selamat.
Kursus ini memberi pendedahan mengenai cara untuk memastikan pengguna internet selamat dalam talian. Modul subjek yang diajar:
- Carian dalam talian
- Kata laluan yang kukuh
- Skim penipuan dalam talian
- Warga digital bertanggungjawab
Matlamat program ini adalah:
- Menggalakkan penggunaan Internet yang bertanggungjawab.
- Membangunkan kemahiran yang membantu mereka menggunakan Internet dengan selamat.
- Membangunkan pemerhatian kritikal untuk menilai keandalan sumber maklumat dalam talian.
- Ketahui cara membuat kata laluan yang kukuh dan unik.
- Memahami norma kelakuan beretika dan bertanggungjawab di Internet.
- Mempelajari cara mengenal pasti skim penipuan dalam talian dan kaedah menghalang pencurian identiti.
- Memahami maklumat yang sesuai untuk diterbitkan demi melindungi maklumat peribadi dan akaun dalam talian
Pengurus dan Penolong Pengurus pusat internet masing-masing diberi tugas untuk mengajar ilmu yang diperolehi daripada program ini kepada pelajar-pelajar eKelas serta pengunjung/ ahli pusat internet untuk mereka praktikkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: