'Be Internet Awesome' Bersama Pelajar-Pelajar eKelas
07 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2018, telah berlangsung kelas “Be Internet Awesome” bersama-sama dengan pelajar-pelajar eKelas Portal Pi Kg Karangan bertempat di Bilik Latihan PI. Sesi pembelajaran dan perkongsian ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 pagi yang disertai oleh 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Secara umumnya, program “Be Internet Awesome” atau diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu ‘Jadilah Pengguna Internet yang Hebat’ merupakan satu program yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keselamatan dalam talian.
Kelas yang pihak PI adakan ini merangkumi aktiviti yang direka bentuk supaya pelajar boleh mempelajari cara menilai sumber maklumat dengan pemerhatian kritikal, memahami konsep warga digital yang bertanggungjawab, membangunkan keupayaan untuk mengenal pasti sendiri risiko dan mengambil tindakan untuk memperkukuhkan penggunaan media digital yang selamat. Kelas ini memberi pendedahan mengenai cara untuk memastikan pengguna internet selamat dalam talian seperti carian dalam talian dan kata laluan yang kukuh.
Sepanjang sesi pembelajaran tersebut, turut diadakan permainan atas talian yang sangat menarik dan kreatif bagi menarik minat para pelajar untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan program “Be Internet Awesome”. Diharapkan lebih ramai pelajar dan juga ahli PI Kg Karangan yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian maklumat supaya lebih banyak ilmu berkaitan dunia teknologi diperoleh dan diamalkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: