Kursus Asas Komputer (Siri 1)
03 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 dan 2 september 2018, telah diadakan kursus asas komputer bagi lepasan SPM seramai 3 orang peserta bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 3 jam untuk 2 hari tersebut yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Kursus ini memberi pengalaman baru kepada peserta untuk mengenali dan menggunakan sendiri komputer dengan tunjuk ajar dari pengajar. Peserta diajar menggunakan perisian komputer seperti microsoft (ms) word, ms excel, ms powerpoint dan ms publisher serta dilatih supaya menaip dengan cepat dan mampu meminimakan kesalahan ejaan dan juga diberi pendedahan tentang simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu ‘task’ diberikan untuk membuat jadual dan carta menggunakan ms word dan ms excel.
Dalam penggunaan ms powerpoint, peserta diajar cara asas bagaimana untuk menghasilkan slide yang menarik dan mudah difahami manakala menggunakan ms publisher, peserta diajar cara menghasilkan sebuah kad ucapan harijadi berdasarkan contoh yang diberikan. Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat melazimi penggunaan huruf di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas dan cepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: