Bengkel E-Rezeki Global Online Workforce (Glow)
9 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 hingga 8 Disember 2018, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah bersama-sama mengikuti Bengkel E-rezeki Global Online Workforce atau nama singkatannya (GLOW) yang telah diadakan di PI Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan. Bengkel ini merupakan kursus digital bagi staf PI Maxis untuk bersama-sama mencari peluang menjana pendapatan secara digital dan diajar oleh jurulatih, Khairul Imran B. Zulkifli. PI yang turut terlibat dengan bengkel ini adalah PI Kesedar Jeram Tekoh, PI Kesedar Chalil, PI Kesedar Lebir dan PI Felda Perasu dan 4 orang komuniti KJT. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk melatih kakitangan PI menjadi pekerja digital berkebolehan dan seterusnya mampu melatih komuniti setempat dan memperkenalkan sumber pendapatan sampingan kepada kakitangan dan komuniti.
Program Global Online Workforce (GLOW) merupakan inisiatif kerajaan melalui MDEC untuk menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing. Crowdsourcing merupakan kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Global Online Workforce melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2,000.
Tujuan program GLOW dilaksanakan adalah bagi mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa, membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC, memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global dan menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: