Program KDB di SMK Manek Urai Bersama PI Kluster Kuala Krai
19 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kg. Karangan telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bertempat di Sekolah Menengah Manek Urai yang disertai oleh pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Program ini telah diadakan bermula pukul 11 pagi sehingga 1 tengahari dengan kerjasama dari pihak sekolah dan PI Kluster Kuala Krai yang terdiri daripada PI Manek Urai, PI Chuchuh Puteri, PI Pahi, PI Mengkebang, PI Kuala Gris dan PI Dabong.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak de¬ngan peni¬puan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi ke¬sedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam.
Disamping itu, para pelajar turut didedahkan dengan Program e-Waste iaitu merupakan barangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau sudah rosak. Pengurusan bahan-bahan elektrik ini adalah amat penting, sekiranya bahan e-waste yang tidak terurus ianya boleh mendatangkan bahaya dan mudarat kepada manusia sekeliling mahupun alam sekitar.
Sepanjang program berjalan, pihak PI turut mengadakan soal jawab dan kuiz berkaitan dengan Program KDB dan e-Waste yang turut disediakan hadiah serta cenderamata.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: