Bengkel ICT (Siri 2)
15 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan Bengkel ICT bagi ahli baru PI. Bengkel ini adalah kesinambungan dari bengkel yang telah diadakan bertarikh 13 Julai 2018. Bengkel ini diadakan selama 1 jam yang disertai oleh 8 orang peserta. Matlamat utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer untuk dipraktikkan dimasa akan datang menggunakan kemudahan ICT. Pada permulaan, semua peserta diberikan taklimat berkenaan komputer, IT dan ICT seterusnya tentang keselamatan semasa menggunakan komputer dan internet. Objektif dalam Siri 2 ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta melayari internet bagi membuat akaun Gmail (email) dan Facebook.
Bagi memberi kefahaman kepada peserta, pengajar memberi taklimat berkenaan kepentingan dan kelebihan menggunakan email dan facebook bagi kegunaan semua golongan. Antaranya adalah dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara saudara mara, sahabat handai yang berada dekat mahupun jauh di perantauan. Selain itu, suri rumah juga dapat membuat punca pendapatan tambahan melalui perniagaan atas talian (online). Namun begitu, mereka haruslah mempunyai kemahiran digital yang tinggi bagi memudahkan urusan jual beli berjalan dengan mudah dan teratur. Bagi pelajar pula, facebook boleh dijadikan sumber untuk mencari bahan belajar melalui sumber-sumber ilmu yang disediakan dalam Kumpulan Akademik dan Laman Akademik di facebook. Melalui bengkel ini, peserta diajar cara asas bagi memulakan penggunakan email dan facebook.
Pengajar turut menunjukkan contoh kemudahan lain yang terdapat di internet samada facebook dan sebagainya sebagai medium untuk mencari peluang perniagaan. Mereka turut diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) sepanjang bengkel berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: