Bengkel ICT (Siri 1)
14 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan Bengkel ICT bagi ahli baru PI. Bengkel ini diadakan selama 1 jam yang disertai oleh 8 orang peserta. Matlamat utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang menggunakan kemudahan IT dan ICT. Pada permulaan, semua peserta diberikan taklimat berkenaan komputer, IT dan ICT seterusnya tentang keselamatan semasa menggunakan komputer dan internet. Di samping itu, para peserta turut diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) sepanjang bengkel berlangsung.
Menerusi latihan menaip menggunakan Microsoft (MS) Word, para peserta dilatih supaya menaip dengan cepat dan mampu meminimakan kesalahan ejaan dan juga diberi pendedahan tentang simbol-simbol dan ikon yang terdapat di MS Word. Bagi menambah kemahiran menaip, mereka diberi latihan menaip Surat Rasmi sebagai salah satu cara bagi memohon kerja dengan mana-mana majikan mahupun surat rasmi kepada guru anak-anak mereka. Daripada aktiviti ini, peserta dapat melazimi penggunaan huruf di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas dan cepat. Diharapkan ilmu yang diajar dapat dimanfaatkan oleh para peserta dan mereka dikategorikan sebagai orang celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: