Kelas Belajar Cipta Logo
13 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2018, telah diadakan kelas belajar cipta logo bersama 8 orang pelajar sekolah rendah SK Kg Karangan selama 2 jam bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Kelas ini menggunakan aplikasi DesignEvo untuk mencipta sebuah logo yang kreatif dan menarik. DesignEvo adalah pembuat logo dalam talian percuma dengan 7000 lebih template yang boleh digunakan sesiapa sahaja untuk membawa logo yang menarik dan unik dalam beberapa minit. Peserta ditunjukkan contoh logo yang telah siap dan diminta untuk mencipta logo baru berpandukan contoh yang diberi mengikut kreativiti masing–masing. Sebelum bermula, pengajar telah menunjukkan dan menerangkan cara membuat logo menggunakan DesignEvo serta kelebihan menggunakan DesignEvo tersebut.
Antara kelebihan yang diperoleh daripada aktiviti/ pertandingan ini adalah:
1. Mencungkil dan mengasah bakat kreativiti dalam diri peserta.
3. Memupuk disiplin diri untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
4. Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan aplikasi DesignEvo secara lebih praktikal.
5. Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian dalam komputer.
7. Memberi lebih pendedahan dan kemahiran baru kepada peserta berkenaan IT dan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.
DesignEvo sememangnya merupakan platform yang baik untuk sesiapa sahaja yang mencari logo, tetapi tidak mempunyai pengalaman, masa atau anggaran untuk membayar pereka untuk membuat logo.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: