Kelas Cipta Kad Hari Guru Paling Kreatif
6 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2017, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas mencipta kad Hari Guru 2017 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan. Kelas ini bertujuan untuk memupuk sikap menghargai guru di kalangan pelajar seterusnya dapat menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, melalui kelas ini mampu mencungkil dan mengasah bakat serta kreativiti dalam diri pelajar untuk mencipta kad yang kreatif dan menarik.
Pada permulaannya, pengajar memberi penerangan tentang setiap ikon, simbol dan cara mengaplikasi Microsoft publisher. Seterusnya, pengajar menunjukkan contoh kad hari guru yang cantik dan kreatif serta mempunyai nilai-nilai penghargaan terhadap guru. Para pelajar membuat kad hari guru masing-masing dengan perpandukan contoh yang terdapat di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: