Laporan Berita Bergambar Menggunakan MS Publisher
25 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 November 2017, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas membuat laporan berita bergambar menggunakan Microsoft Publisher. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran menggunakan microsoft publisher selain untuk menggerakkan minda mereka untuk menghasilkan rangka berita yang menarik dan kreatif bagi menarik minat pembaca.
Di permulaan, pengajar memberi sedikit penerangan kepada pelajar berkenaan kegunaan dan kelebihan microsoft publisher berbanding jenis-jenis microsoft office yang lain. Seterusnya, pelajar diberi penerangan tentang setiap ikon, simbol dan cara mengaplikasi microsoft publisher untuk digunakan dalam menghasilkan sebuah laporan berita bergambar berpandukan contoh yang ada di internet. Pelajar membuat laporan berita bergambar mengikut kreativiti masing-masing dengan merujuk kepada contoh yang ada. Diharapkan kelas yang diadakan ini dapat membuatkan mereka supaya lebih berminat untuk mempelajari ilmu IT dan ICT dimasa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: