dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Belajar Menaip Menggunakan Microsoft Word

25 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2017, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Karangan, telah diadakan kelas belajar menaip menggunakan Microsoft Word bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti mampu menaip dengan cepat untuk dipraktikkan dimasa akan datang. Kaedah belajar menaip ini adalah untuk meminimakan kesalahan ejaan dan juga simbol-simbol yang lain yang terdapat di dalam Microsoft Word.

Pada permulaannya, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Seterusnya, mereka diberi latihan berpandukan laman web bagi memudahkan mereka menaip dengan cepat dan menambahbaik kemahiran menaip masing-masing. Dengan pengetahuan baru yang diperoleh, diharap para pelajar dapat mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang diajar untuk lebih mudah belajar dan menaip secara tangkas dimasa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.