dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Cipta Kotak Sifir Pintar

14 Julai 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2017, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas mencipta kotak sifir pintar bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk melatih para pelajar untuk menghafal dan mengingati sifir matematik dengan mudah. Selain itu, melalui kelas ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat seni para pelajar untuk mencipta serta menjadikan sifir yang dihasilkan lebih menarik minat mereka untuk membaca dan seterusnya menghafal setiap sifir yang ditulis.

Pada permulaannya, pengajar memberi penerangan tentang konsep sifir matematik yang mudah untuk difahami dan diingati. Seterusnya, pengajar menunjukkan contoh-contoh sifir yang terdapat di laman sesawang. Para pelajar mencipta kotak sifir mengikut kreativiti masing-masing serta mengisi kotak berkenaan bermula sifir 1 hingga sifir 12. Diharapkan aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk dipraktikkan di sekolah dan di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.