dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Pibg Beli & Beramal Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru

29 April 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2017, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah menyertai Karnival PIBG Beli dan Beramal Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Karnival ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan PI bersama penduduk kampung di sekitar Manek Urai. Selain itu, karnival ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada 50 orang belia dan penduduk Manek Urai Baru dengan program dan aktiviti yang diadakan oleh pihak pengurusan PI dan juga turut memaklumkan tentang program advokasi iaitu Klik Dengan Bijak, Check Your Label dan E-Waste.

Sepanjang karnival tersebut berlangsung, pihak pengurusan PI Kg Karangan telah membuka satu Booth yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti dan program yang diadakan di PI kepada penduduk kampung. Seterusnya, melalui booth ini para pengunjung dapat mengutarakan setiap persoalan kepada pengurusan dengan lebih jelas supaya mereka mendapat maklumat yang tepat berkenaan setiap aktiviti yang dijalankan di PI. Disamping itu, pihak PI juga menganjurkan Kuiz berkenaan advokasi dan ICT secara atas talian (online) serta bertulis di mana setiap kuiz di sediakan hadiah dan cenderamata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.