Kelas “English With ICT”
09 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2017, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas belajar Bahasa Inggeris meliputi subjek Sains dan Matematik bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Kampung Karangan. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam penggunaan ICT. Bagi menambah pengetahuan mereka berkaitan ilmu sains dan matematik, tenaga pengajar memberi latihan dan soalan kuiz secara atas talian menggunakan laman web (http://www.esolcourses.com/). Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kebolehan mereka dalam menggunakan dan mempraktikkan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah selain dapat menambah pengetahuan dalam subjek matematik dan sains.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: