Kelas “Online Crossword Puzzles”
05 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 04 Ogos 2017, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas ‘online crossword puzzles’ bersama-sama pelajar sekolah rendah Kampung Karangan. Fokus utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan berkaitan ilmu IT & ICT kepada pelajar menerusi kemudahan internet dan elektronik. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk menguji minda dan daya ketangkasan pelajar serta menanam sikap fokus dalam diri pelajar khususnya ketika menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun sebarang aktiviti. Seterusnya untuk memupuk semangat bersaing antara mereka secara sihat.
Pada permulaannya, pengajar memberi penerangan tentang aktiviti ‘crossword puzzles’ dan berikutnya pelajar mula melakukan aktiviti mencari perkataan yang terdapat di dalam kolum ‘crossword puzzles’ secara atas talian. Diharapkan aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk lebih berpengetahuan di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: