Kelas “Online Crossword Puzzles”
18 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2017, pihak pengurusan Pusat Internet (PI) Kg Karangan telah mengadakan kelas Online Crossword Puzzles bersama pelajar-pelajar sekolah rendah Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk menguji daya kefahaman dan kepantasan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa inggeris dan seterusnya menambah ilmu berkaitan Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT).
Pada permulaan, pengajar memberi penerangan tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam ICT dan menunjukkan contoh serta nama peralatan dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, pelajar diberi latihan untuk menjawab soalan berkaitan ICT dan IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: